Thursday, 20 March 2008

Protest Letter -op-cekap

ACP Ruslan Bin Hassan

OCPD IPD Johor Bahru Utara

81300 Skudai, Johor. 20 Mac 2008

Membantah Sekeras-kerasnya IPD Skudai Melaksanakan Operasi Cekap Yang Bersifat Diskriminasi Kepada Kaum India

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Johor Bahru membantah sekeras-kerasnya IPD Skudai melancarkan ‘Operasi Cekap’ mulai 17/03/08.

Dalam dua hari ini, lebih daripada 70 warga Negara Malaysia berbangsa India telah dibawa dan ditahan di balai polis Skudai tanpa sebab. Mereka dipaksa ambil gambar yang bersiri numbor sebagai rekod serta mengambil ujian kencing. Mereka berasa terhina kerana dilayan seperti penjenayah.

Anggota polis yang tidak berpakaian unifom dan tidak memberitahu nama dan pangkat mereka telah bersikap ganas dan tidak bersopan terhadap orang awam. Terdapat juga anggota polis yang mengatakan kata-kata yang tidak disenangi seperti: “Dari ‘Gang’ mana? Hindraf ke?”. mereka yang ditahan lebih dari 3 jam telah dilepaskan tanpa mengambil kenyataan. Tindakan pasukan polis yang membawa orang secara beramai-ramai ke balai polis telah menimbulkan perasaan takut di kalangan masyarakat India bersekitaran.

SUARAM JB membantah tindakan polis membawa orang ke balai polis tanpa sebab. Tindakan ini telah mencabuli hak asasi manusia. Orang ramai mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan rasa selamat dalam tanah air sendiri. Tindakan IPD Skudai ini jelas berprejudis kepada rakyat berbangsa India, menyalahguna kuasa dan tidak profesional. Walaupun dalam operasi menahan orang untuk membantu penyiasatan kes, polis pun tidak patut bersikap diskriminasi dan menahan orang dari satu bangsa sahaja. Ini menyebabkan polis tidak dapat menguruskan kes dengan adil dan saksama kerana sudah mempunyai persepsi semasa menjalankan operasi.

Tanggungjawab polis adalah untuk menjaga keamanan dan bukan untuk mewujudkan perasaan gelisah dalam kalangan masyarakat. SUARAM JB juga menyeru polis supaya jangan menyalahgunakan kuasa seperti bersikap kasar terhadap sesiapa yang ditahan dan dibawa ke balai polis.

Oleh demikian, SUARAM JB mendesak IPD Skudai dan Pekan Nenas supaya menghentikan operasi cekap dengan segera.

Yang benar,

NYAM KEE HAN

Penyelaras SUARAM JB

Salinan Kepada:

  1. Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan (2006 - )

Ketua Polis Negara

Ibu Pejabat PDRM

Bukit Aman

50560 Kuala Lumpur.

Tel: 603-22626222 Fax: 603-22739602

Emel: rpm@rpm.gov.my

  1. IPK Johor,

Jalan Tebrau 80990,

Johor.

Tel: 607-2254422 Fax: 607-2240115

  1. SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
    Tingkat 29, Menara Tun Razak
    Jalan Raja Laut
    50350
    Kuala Lumpur.
    Tel: 603-26125600 Faks: 603-26125620
    E-mel: humanrights@suhakam.org.my

  1. Human Rights And Police Watch Committee

Suite 8-10-5(A), Menara Mutiara Bangsa,

Jalan Liku Off Jalan Riong, Bangsar,

59100, KL.

Tel: 603-22831940 Fax: 603-22825616


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive