Friday, 21 March 2008

Menyeru Pihak Polis Skudai Bersikap Profesional Semasa Menjalankan Tugas

Kenyataan akhbar SUARAM JB

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Johor Bahru membantah sekeras-kerasnya IPD Skudai melancarkan ‘Operasi Cekap’ mulai 17/03/08.

Dalam dua hari ini, lebih daripada 70 warga Negara Malaysia berbangsa India telah dibawa dan ditahan di balai polis Skudai tanpa sebab. Mereka dipaksa ambil gambar sebagai rekod serta mengambil ujian kencing. Mereka berasa terhina kerana dilayan seperti penjenayah.

Anggota polis yang tidak berpakaian unifom dan tidak memberitahu nama dan pangkat mereka telah bersikap ganas dan tidak bersopan terhadap orang awam. Terdapat juga anggota polis yang mengatakan kata-kata yang tidak disenangi seperti: “Dari ‘Gang’ mana? Hindraf ke?”. mereka yang ditahan lebih dari 3 jam telah dilepaskan tanpa mengambil kenyataan. Tindakan pasukan polis yang membawa orang secara beramai-ramai ke balai polis telah menimbulkan perasaan takut di kalangan masyarakat India bersekitaran.

SUARAM JB membantah tindakan polis membawa orang ke balai polis tanpa sebab. Tindakan ini telah mencabuli hak asasi manusia. Orang ramai mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan rasa selamat dalam tanah air sendiri. Tindakan IPD Skudai ini jelas berprejudis kepada rakyat berbangsa India, menyalahguna kuasa dan tidak profesional. Walaupun dalam operasi menahan orang untuk membantu penyiasatan kes, polis pun tidak patut bersikap diskriminasi dan menahan orang dari satu bangsa sahaja. Ini menyebabkan polis tidak dapat menguruskan kes dengan adil dan saksama kerana sudah mempunyai persepsi semasa menjalankan operasi.

Tanggungjawab polis adalah untuk menjaga keamanan dan bukan untuk mewujudkan perasaan gelisah dalam kalangan masyarakat. SUARAM JB juga menyeru polis supaya jangan menyalahgunakan kuasa seperti bersikap kasar terhadap sesiapa yang ditahan dan dibawa ke balai polis.

Oleh demikian, SUARAM JB mendesak IPD Skudai dan Pekan Nenas supaya menghentikan operasi cekap dengan segera.


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive