Monday, 12 November 2007

[Surat Audan kepada KWSP] Masalah Penipuan Caruman KWSP dari Pihak Majikan

12 November 2007

File Name: SJB/HRSC/CSP07/02

Dear Sir,

Masalah Penipuan Caruman KWSP dari Pihak Majikan

Seperti perkara yang tersebut di atas, kami dari Suaram JB ingin meminta perhatian pihak KWSP cawangan JB dalam kes aduan En Tan See Hor (No. rujukan aduan: 16162282) tentang penipuan caruman KWSP dari bekas majikannya Percetakan Aziz Sdn. Bhd. / Malaysia Press Sdn. Bhd.

Sebagai pengetahuan anda, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan suatu pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Kami mengambil berat tentang pelbagai masalah pencerobohan hak asasi manusia, termasuk hak-hak pekerja.

Kami menerima aduan dari En Tan See Hor bahawa bekas majikannya Percetakan Aziz Sdn. Bhd / Malaysia Press Sdn. Bhd. tidak mencarum KWSP sepanjang tempoh perkhidmatannya di syarikat tersebut walaupun gaji bulannya termasuk potongan caruman KWSP. En. Tan telah membuat aduan kepada pejabat KWSP cawangan JB pada 17/09/2007 dengan No. Rujukan Aduan: 16162282. En Tan diminta menunggu jawapan dari pihak KWSP cawangan JB dalam masa 1 bulan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat dari pihak KWSP cawangan JB sampai sekarang.

Suaram JB mengambil serius tentang kes-kes penipuan pencaruman KWSP dari pihak majikan. Kami berharap pihak KWSP cawangan JB dapat mengambil tindakan seceptnya untuk memastikan kebajikan golongan pekerja terjamin. Kami juga sedia bekerja sama dengan pihak cawangan JB untuk menangani masalah ini.

Sekian, terima kasih.

Bekerja untuk Hak Asasi Manusia

Yang benar,

_______________

NYAM KEE HAN

Coordinator

Suaram Caw. JB

Attachment of Interview Outcomes:

Worker Name: Tan See Hor
Contact Number: 012-7698623
Tan’s statement -

“I start working in Malaysia Press Sdn. Bhd. on July 2005. I was shock that my employer was not paid me EPF contribution since July 2005. I have asked for my EPF contribution to my employer. My employer said will contribute EPF as soon as possible.

In March 2006, again, I go to check at EPF office. There still no any EPF contribution through out my employment. I asked my employer again. My employer say will pay me as soon as possible.

On the middle of year 2006, I asked my employer again. My employer told me that he is facing financial problem. Than, I and current employees press ours employer for EPF contribution. Finally, on July 2007, ours employer bring some employees to register in EPF office. But, they had been scold by Boss. Only this month some of employee gets the EPF contribution.

In September 2007, I and other employee resign from this company. We go to EPF office to complaint ours EPF contribution. But, there is nothing responds from EPF office and also ours former company.

Extra Info:

EPF complaint information:

No. Ahli: 16162282

Nama Ahli: Tan See Hor

Tarikh: 17/09/2007

Akuan Terima: Aduan Ahli

No. Rujukan: 16002992


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive