Friday, 2 November 2007

[Surat Aduan] Pengaduan Tentang Tapah Pembuangan Sampah Haram

2 November 2007

FILE NAME: SJB/HRSC/CSP07/01

Tuan,

Pengaduan Tentang Tapah Pembuangan Sampah Haram

Merujuk kepada perkara di atas, kami telah menerima pengaduan dari penduduk di Kampung Semangat Kempas Lama tentang pencemaran dari tapah pembuangan sampah di sekitar kawasan itu. Pembuangan sampah di tapah itu dipercayai dikendalikan oleh Syarikat Lima Jaya di atas alamat No. 20A, Jalan Bunga Mawar, Kempas Baru, 81300.

2. Menurut pengaduan orang-orang kediaman situ, tapah pembuangan sampah haram mengeluarkan bau busuk yang susah ditahan. Pencemaran ini telah menjejaskan kehidupan penduduk kawasan kediaman persekitaran. Selain itu, pembuangan sebuk-sebuk kopi di tapah pembuangan sampah itu telah menyebabkan kebanjiran selepas hujan apabila sebuk-sebuk kopi mengalir ke longkang dan menyebabkan longkang tersumbat.

3. Penduduk-penduduk di situ pernah cuba membuat aduan melalui telefon kepada pihak anda tetapi mereka diberitahu bahawa itu bukan tanggungjawab pihak anda. Walau bagaimanapun, pihak kami mendapati perkara itu tidak munasabah. Oleh itu, kami menulis surat ini untuk menyampaikan pengaduan kami secara rasmi.

4. Kami dari Suaram mengambil berat tentang masalah pencemaran alam sekitar ini dan kami berharap pihak anda dapat mengambil tindakan secepatnya untuk mengelakkan pencemaran ini dari berterusan. Kami dan penduduk-penduduk akan menunggu jawapan dari pihak anda.

Bekerja Untuk Pembangunan Hak Asasi

Yang benar,

_________________

NYAM KEE HAN

Coordinator

Suaram Caw. JB

S.K: -Jabatan Alam Sekitar, Johor

-Majlis Bandaraya Johor Bahru

-Syarikat Lima Jaya


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive