Sunday, 6 July 2008

Siasatan Terbuka Kedua: Kematian Terkejut Dalam Balai Polis Lokap Segamat - Goh Yam Peaw

[kenyatan akhbar SUARAM JB pada 7 Julai 08]

Berkaitan dengan perkara diatas, kami merupakan Suaram Caw. Johor ingin memberitahu pihak media akhbar bahawa siasatan terbuka kali kedua keatas kematian dalam lokap Balai Polis Segamat akan diadakan. Mengikut pengetahuan kita, saksi-saksi yang akan hadir ialah Doktor yang menjalankan postmoderm.

Goh Yan Peaw telah diberkas pada 9/1/08 dan ditahan di Lokap Balai Polis Segamat atas Akta kecemasan ordinan iaitu kesalahan mempunyai mercun, pil, VCD lucah dan pistol. Pihak polis telah reman OKT sehingga 22/1/08. Semasa dalam tahanan, Goh Yan Peaw didapati meninggal dunia pada 20/1/08. OCPD Abdul Majid dalam media menyatakan bahawa si-mati mati selepas terjatuh semasa menggunakan tandas.

Selepas desakan dari Suaram Johor dan pelbagai pihak, Jabatan Peguam Negara telah mendaftarkan kes ini di Mahkamah Majistret Segamat dimana siasatan terbuka kali pertama telah berjalan dengan lancer pada 10 Jun 2008. Program siasatan terbuka kali kedua seperti berikut:-

Program siasatan seperti berikut:

Tarikh: 8 July 2008 (Selasa)

Masa: 9 pagi

Tempat: Mahkamah Majistret Segamat

(Km. 5, Jalan Genuang, 85000 Segamat)

Kami memandang kes kematian dalam tahanan pihak berkuasa adalah sangat serios. Hak untuk hidup adalah hak yang terjamin di bawah Perkara 5 – Perlembagaan Negara.

Diharap pihak media dapat hadir program ini untuk melapor keatas kes ini.

Sila hubungi Nyam Kee Han di talian 016-7782707 untuk maklumat lanjut.


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive