Tuesday, 15 January 2008

HRSC Polis abuse power (skudai)

No 311,

Jalan Kekwa Felda Sungai Sibol,

Kulai, Johor

________________________________________________________________________

OCPD Skudai

Balai Polis Skudai

Skudai, Johor 15 Januari 2008

Tuan,

Permintaan Hasil Siasatan Kes Salahguna Kuasa dan Penganiyayaan Dalam Tahanan Polis

Merujuk kepada perkara di atas, kami, Mohd Yusri Bin Jumain dan Mohd. Sani Bin Abdullah ingin meminta suatu laporan hasil siasatan.

Kami berdua telah membuat suatu laporan polis (No. Repot: SKUDAI/014086/07) di mana kami dianiyayai oleh beberapa pegawai polis semasa dalam tahanan polis. Kami telah difahamkan daripada Inspektor Hassim, yang merupakan pegawai penyiasatan dalam kes ini, bahawa penyiasatan kes ini telah tamat.

Sebagai mangsa penganiyayaan polis dan pengadu repot polis, kami berhak mengetahui hasil siasatan itu. Dengan surat ini, kami secara rasminya meminta suatu laporan hasil siasatan daripada pihak balai polis Skudai.

Kami berharap laporan hasil siasatan itu boleh didapati dalam masa DUA minggu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________

Mohd. Yusri Bin Jumain

_____________________

Mohd. Sani Bin Abdullah

0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive