Monday, 3 September 2007

[Surat kepada CPO] 1 orang lagi tahan dibawah ISA

3 September 2007

Kepada

1) Ketua Polis Johor

Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor

Jalan Tebrau,

80990 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-2254422

Faxs: 07-2240115

2) BP Pasir Gudang

Polis Diraja Malaysia

JKR No. 5233, Jalan Masjid,

81700 Pasir Gudang, JB, Johor

Tel: 07-2513222

3) BP Masai

Polis Diraja Malaysia

JKR No. 4621, Jalan Lama,

Johor Bahru Kongkong,

81750 Masai, JB, Johor

Tel:07-2511222

Tuan,

PENJELASAN:

1 orang lagi tahan dibawah ISA

Saya merujuk kepada 1 orang lagi yang berusia 37 telah ditahan dibawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 September 2007 seperti yang tersiar dalam Utusan bertarikh 2 September 2007 (keratan akhbar disertakan bersama surat ini).

Mengikut laporan akhbar, lelaki itu disyaki kesalahan membuat penyebaran laporan-laporan palsu yang boleh menimbulkan kecemasan awam.

Kami memandang amat serius keatas kes penangkapan dibawah ISA adalah zalim dan kejam. Ini kerana semua orang perlu ditahan dengan mempunyai bukti dan fakta yang cukup dan tepat sebelum seseorang itu boleh ditahan.

ISA merupakan sebuah akta yang menafikan kebebasan sseorang individu untuk melalui proses perbicaraan dan membela diri. Ia sememangnya kontradik sengan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Segajat.

Oleh yang demikian pihak SUARAM Cawangan Johor ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:

a) Maklumat peribadi dan butir-butir orang kena tahan dibawah ISA.

b) Tempat yang jelas di mana mereka kena tahan.

c) Adakah mereka telah mendapat Peguambela dan telah menghubungi keluarga masing-masing.

d) Adakah sebarang penyiasatan (inquest) dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan.

Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa dua minggu untuk membolehkan kami menyiasat kes ini. Kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK HAK ASASI MANUSIA

Yang Benar,

Nyam Kee Han

Coordinator,

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

s.k :

-Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Prime Minister and

Minister of Internal Security

- Tan Sri Musa Bin Dato’ Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, Bukit Aman

- Tan Sri Abdul Ghani bin Patail, Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara

- Tan Sri Abu Talib, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

- Majlis Peguam Malaysia ( Jawatankuasa Hak Asasi Manusia)

- SUARAM


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive