Friday, 20 July 2007

Appreciation Letter(malay version) Terima Kasih atas Bantuan Rakan-rakan

Kepada:

TERIMA KASIH ATAS BANTUAN RAKAN-RAKAN

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bharu ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan bantuan yang dihulurkan terhadap kes Nyam Kee Han selaku Penyelaras dan See Siu Min selaku ahli sekretariat kami, kerana mereka ditahan oleh pihak polis pada 17/6/07.

Mereka telah hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan aman yang diadakan di hadapan rumah Menteri Besar Johor, Bukit Saujana, Johor Bahru. Mereka telah ditangkap dan kemudiannya ditahan selama 3 hari kerana kononnya mempunyai risalah-risalah hasutan di bawah seksyen 4(2), Akta Hasutan. Tuduhan ini adalah diada-adakan. Oleh sebab itu tuduhan tersebut telah dinafikan. Kedua-dua rakan kami telah berjaya diikat jamin pada 19/6/07. Mereka perlu menghadiri mahkamah Majistret JB satu minggu kemudian (26/6/07), tetapi tuduhan tanpa dikenalpasti.

Walaubagaimanapun, penyelaras Suaram JB telah menghubungi Tuan Zulkrifly Mohd Isa selaku pegawai penyiasat pada hari sebelum itu (25/6/07). Tuan Zulkrifly memberitahu bahawa kedua-dua rakan kami tidak perlu menghadiri ke mahkamah Majistret JB, mereka perlu melaporkan diri ke Balai Polis Selatan sahaja. Pada 26/6/07 pukul 9 pagi, mereka telah melaporkan diri ke Balai Polis Selatan. Pegawai Peniasat itu memberitahu bahawa jaminan disambung selama satu minggu lagi (3/7/07) atas arahan IPK. Alasannya kotak hijau yang dipegang oleh Nyam Kee Han perlu diperiksa oleh IPK.

Dalam masa yang kritikal ini, pihak kami telah mendapat bantuan dan sokongan secara sukalera daripada pelbagai pihak seperti Majlis Peguam dan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya, Kuala Lumpur, Jawatankuasa Peguam Johor (Johor Bar Council) dan Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusianya, NGO, parti-parti pembangkang, persatuan, media dan rakan seperjuangan tempatan, luar negeri dan juga dari luar negara. Antaranya, ada yang mengambil tindakan membuat laporan polis di tempat masing-masing, menghantar mesej dan membuat panggilan telefon kepada pihak polis. Ini telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melepaskan kedua-dua rakan tersebut dengan secepat mungkin.

Dengan itu, pihak kami ingin merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan dan bantuan rakan-rakan.

Salam Perjuangan

Yang ikhlas,

b/p Low Ming Leong

Pengerusi SUARAM (cawangan Johor Bahru)


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive