Wednesday, 27 February 2013

Hindraf 'amat kecewa' dengan manifesto Pakatan 遗憾宣言只关照其他族群 兴权会失望民联忽视印裔

 Hindraf 'amat kecewa' dengan manifesto Pakatan 



Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata badan pendesak tersebut berasa “amat kecewa” dengan manifesto baru Pakatan Rakyat yang didakwanya meminggirkan kepentingan masyarakat India di negara ini.

Katanya, Hindraf kecewa kerana ia tidak dinyatakan dalam tawaran berkenaan.

“Pakatan Rakyat memilih untuk mengabaikan sepenuhnya keperluan dan kepentingan masyarakat India dalam ikrar pilihan rayanya...,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan bahawa janji Pakatan dalam manifesto berkenaan melampaui batas kaum.

Waythamoorthy bagaimanapun berkata, manifesto berkenaan tetap menyatakan tawaran khusus untuk golongan Melayu, Cina, masyarakat Orang Asli, veteran tentera dan peneroka Felda.

“Peruntukan itu nampaknya tidak melampaui batas kaum atau sub-kumpulan,” katanya.

[Baca kenyataan penuh]

0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive