Friday, 6 March 2009

SUARAM's reply to GMP's letter 2009 03 06

SUARAM's reply to GMP's letter 2009 03 06



Kepada:

Pengerusi GMP

Datuk Dr. Hassan Ahmad

Setiausaha GMP

Sdr Hasni Abas 6th March 2009

SUARAM JB berasa gembira dengan keputusan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menerima pendapat 53 pertubuhan Johor yang menuntut kerajaan menghormati hak pendidikan bahasa ibunda pelbagai kaum di Malaysia. Ekoran daripada balasan yang dinyatakan kepada kami, kami telah menyatakan sokongan kami terhadap himpunan besar-besaran mansuhkan PPSMI yang dianjurkan oleh GMP pada 7hb Mac 2009.

Walau bagaimanapun, kami berpendapat bahawa kenyataan GMP seperti berikut: “pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Ibunda masing-masing iaitu Bahasa Melayu untuk bangsa Melayu dan Bahasa Mandarin untuk bangsa Cina dan Bahasa Tamil untuk bangsa India adalah kurang sesuai kerana terikat pada pembahagian berdasarkan kaum.

Merujuk kepada tuntutan ke-dua dalam 3 tuntutan yang dikemukakan oleh 53 pertubuhan di Negeri Johor, iaitu: Mengembalikan penggunaan bahasa ibunda bangsa masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik”, kami berasa penjelasan yang paling tepat dan sepadan dengan harapan rakyat pelbagai kaum ialah: “pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Ibunda masing-masing mengikut aliran sekolah iaitu Bahasa Melayu digunakan di sekolah kebangsaan, Bahasa Mandarin digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil digunakan di SJKT”.

Pendirian seperti di atas bukan sahaja menunjukkan penghormatan kepada kepelbagaian budaya dan bahasa yang wujud di Negara kita, ia turut mensahihkan hak rakyat pelbagai kaum untuk memilih aliran sekolah(atau bahasa pengantara) yang difikirkan sesuai.

Kami berharap GMP boleh mempertimbangkan dan merangkumi pandangan kami, supaya kita sama-sama mengujudkan keadaan dimana rakyat pelbagai kaum bersatu menentang dasar PPSMI.

Sekian, terima kasih.



0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive