Tuesday, 12 August 2008

KBPT: Balasan terhadap Datuk Khaled

JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB)

PENDUDUK KG BARU PLENTONG TENGAH

No44, Jalan Besar, Kg Baru Plentong Tengah, Masai, JOHOR.

Kenyataan Akhbar

12 Ogos 2008

Balasan Penduduk Terhadap Kenyataan Datuk Seri Khaled Bin Nordin

Segala tawaran yang ditawarkan oleh Bukit Lenang Development Sdn Bhd kepada penduduk dibuat melalui Ahli Parlimen PASIR Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin. Penduduk yang diketuai oleh Ketua Cawangan bersetuju menerima segala tawaran yang ditawarkan kepada kami.

Penduduk berasa kecewa dengan kenyataan Ketua UMNO bahagian Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam akhbar dan media yang mengambarkan penduduk kampung tidak menerima hakikat dan menolak tawaran yang dibuat oleh Bukit Lenang, sedangkan penduduk tidak mendapat maklum-balas daripada Datuk Seri mengenai perkembangan tawaran tersebut melalui ketua UMNO cawangan kami.

Penduduk akur dengan keputusan mahkamah rayuan pada 13 April 2007. Kami bersedia untuk berpindah, sekiranya penenpatan semula di Bukit Dagang, Tiram yang Dikurniakan oleh menteri Besar pada tahun 2000 siap dengan prasarana yang lengkap berdasarkan tawaran yang dibuat oleh Bukit Lenang Development Sdn Bhd melalui Datuk Seri Mohamed Khalid Bin Nordin seperti berikut:

1. Menyiapkan segala kemudahan asas

2. Menyiapkan rumah oleh Syarikat Pembangunan Negara

3. Pampasan yang sewajarnya

Yang Benar,

Taslim Bin Nani (0197051011)

Setiausaha JKB Penduduk

Kampung Baru Plentong Tengah


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive