Friday, 25 January 2008

HRSC DIC Segamat (Goh Yan Peaw)

25th Jannuary 2008

Kepada

1) Ketua Polis Johor

Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor

Jalan Tebrau,

80990 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-2254422

Faxs: 07-2240115

2) IPD Segamat

Ibupejabat Polis Daerah Segamat

Polis Diraja Malaysia

JKR 90, Jalan Ibrahim,

85000 Segamat, Johor

Tel: 07-9312220 / 2222

Fax: 07-9312993

Tuan,

PENJELASAN:

Kematian di dalam Lokap Balai Polis Segamat – Goh Yan Peaw

Saya merujuk kepada satu insiden kematian dalam tahanan polis seperti yang tersiar dalam SinChew Daily bertarikh 21hb Jannuary 2008 (keratan akhbar disertakan bersama surat ini).

Mengikut laporan akhbar, seorang lelaki bernama Goh Yan Peaw (40 tahun) meninggal dunia akibat “terjatuh dalam Lokap” seperti mana alasan yang diberi kepada keluarga si kematian oleh ASP Abdul Majid. OKT telah diberkas pada 9hb Jannuary 2008 dan ditahan di Lokap Balai Polis Segamat sementara menunggu tarikh perbicaraannya.

Kami memandang amat serius terhadap segala kes kematian dalam tahanan pihak berkuasa. Hak untuk hidup adalah hak yang terjamin di bawah Perkara 5 – Perlembagaan Negara.

Oleh yang demikian pihak SUARAM Cawangan Johor ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:

a) Maklumat peribadi dan butir-butir OKT yang meninggal dunia.

b) Laporan bedah siasat si mati.

c) Laporan mengenai asal-usul yang menyebabkan kematian si mati.

d) Laporan kesihatan si mati sebelum dan selepas dihantar ke hospital

e) Adakah sebarang penyiasatan (inquest) dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan.

Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa dua minggu untuk membolehkan kami menyiasat kes ini. Kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK HAK ASASI MANUSIA

Yang Benar,

Nyam Kee Han

Coordinator,

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM Cawangan JB)

s.k :

- Tan Sri Musa Bin Dato’ Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, Bukit Aman

- Tan Sri Abdul Ghani bin Patail, Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara

- Tan Sri Abu Talib, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

- Majlis Peguam Malaysia ( Jawatankuasa Hak Asasi Manusia)

- SUARAM


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive