Thursday, 27 September 2007

300 Nelayan (Melayu dan Orang Asli) Membuat Demonstrasi atas Pencemaran Laut Akibat Projek Pembangunan Danga Bay

Action Report FILE NAME: SJB/HRSC/NKH07/04

Pada 12 September 2007, lebih dari 300 nelayan malayu dan orang asli masing-masing dari 9 kampung termasuk Kg. Pasir, Skudai Kiri, Dangar, Sg. Temon kg orang asli, Sg. Melayu, Kg. Bakar Batu Skudai orang asli dan lain-lain telah mengadakan satu demostrasi ke atas pencemaran laut akibat pembangunan Danga Bay.

Pada 19 September 2007, Suaram JB telah bertemu dengan kg orang asli nelayan di Taman Perling. Pada hari itu, lebih dari 30 orang asli datang dalam perjumpaan ini. Antara yang bersuara ialah ketua Kg. orang asli Saudara Salim, Eddy Salim (anak kepada Saudara Salim), dan Saudara Yim.

Pembangunan ini telah memusnahkan pokok merah seterusnya telah mencermakan air laut. Secara tidak langsung telah menyebabkan makanan-makanan laut seperti ikan, udang, ketam, kupang dan lain-lain telah berkurangan.

Ini telah menjejaskan pendapatan terutama bagi orang nelayan yang hanya bergantung kepada penangkapan laut semata-matanya. Saudara Salim menyatakan bahawa sebelum Pembangunan Danga Bay, hasil penangkapan laut boleh mencapai sebanyak RM100 hingga RM200 sehari. Setelah Pembangunan Danga Bay, pendapatan mereka telah menurun kepada RM20 hingga RM50 sahaja.

Encik Salim turut menjelaskan kepada Nyam Kee Han iaitu nelayan hanya bergantung kepada pengangkapan laut. Mereka ini tidak boleh dipisahkan dari kehidupan laut. Masalah orang asli memang segaja dipinggirkan oleh kerajaan. Mereka bukan sahaja tiada tanah walaupun mereka merupakan orang asal di tanah ini. Mereka juga tidak mendapat peluang pengajaran jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Apa yang boleh mereka buat selain bergantung kepada penangkapan laut?

Encik Salim juga menyatakan bahawa Danga Bay setuju membayar pampasan kepada semua orang asli yang menjejas. Pampasan ini akan dibuat secara insuran. Namun sedih dikatakan bahawa pampasan itu hanya dibuat sekali sahaja sehingga sekarang.

Permintaan mereka:

1) Meminta supaya mendapat 2% hasil dari Danga Bay.

2) Meminta supaya mendapat pampasan dari segi tanah.


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive