Friday, 20 July 2007

[Surat kepada CPO] Kematian di dalam Lokap Balai Polis Pontian - Lee Kuan Long

10hb Julai 2007

Kepada

1) Ketua Polis Johor

Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor

Jalan Tebrau,

80990 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-2254422

Faxs: 07-2240115

2) OCPD Pontian

Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian

Polis Diraja Malaysia

JKR 1405, Jalan Alsasoff,

82000 Pontian, Johor

Tel: 07-6871222, 1023, 1869

Fax: 07-6870549

Tuan,

PENJELASAN:

Kematian di dalam Lokap Balai Polis Pontian - Lee Kuan Long

Saya merujuk kepada satu insiden kematian dalam tahanan polis di balai polis Pontian seperti yang tersiar dalam Utusan Malaysia bertarikh 10hb Julai 2007 (keratan akhbar disertakan bersama surat ini).

Mengikut laporan akhbar, seorang lelaki bernama Lee Kuan Long (53 tahun) yang disyaki terbabit dalam kes memiliki dadah telah didapati meninggal dunia dalam tahan polis selepas jatuh dari jeriji yang setinggi dua meter.

Insiden ini telah disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail sendiri dengan mengatakan bahawa Lee Kuan Yong telah diberkas pada 8hb Julai 2007 dan mendapat reman daripada Mahkamah Majistret Pontian dan ditahan di Lokap Balai Polis Pontian.

Kami memandang amat serius terhadap segala kes kematian dalam tahanan pihak berkuasa. Hak untuk hidup adalah hak yang terjamin di bawah Perkara 5 – Perlembagaan Negara.

Oleh yang demikian pihak SUARAM Cawangan Johor ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:

a) Maklumat peribadi dan butir-butir OKT yang meninggal dunia.

b) Laporan bedah siasat si mati.

c) Samada Kes ini sudah dirujuk kepada Majistret untuk satu inquest dijalankan.

d) Bilakah inquest akan dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan.

Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa dua minggu untuk membolehkan kami menyiasat kes ini. Kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK HAK ASASI MANUSIA

Yang Benar,

Nyam Kee Han

Coordinator,

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM Cawangan JB)

s.k :

- Tan Sri Musa Bin Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, Bukit Aman

- Tan Sri Abdul Ghani bin Patail, Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara

- Tan Sri Abu Talib, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

- Majlis Peguam Malaysia ( Jawatankuasa Hak Asasi Manusia)

- SUARAM


0 comments:

Post a Comment

人民之友工委会​12周年纪念论坛

通告

人民之歌

Malaysia Time (GMT+8)

Powered by Blogger.

Blog Archive